RSS Feed

Jun 11, 2009

Inikah CINTA?


Sepi dalam CINTA, gema gitar yang dipetik melahirkan irama keluhan hati yang meresap ke lubuk sanubari. Kerana CINTA, semuanya terasa. Seni dalam CINTA mengalirkan perasaan yang menyelubungi ruang hati. Kerana segenap penjuru mahukan rindu berbening. Air mata dan CINTA tidak mampu dipisahkan; umpama aur dengan tebing. Sesekali CINTA berubah, sesekali air mata tercurah. Bila hati gelap gelita kerana CINTA yang terpisah, berderau rasa gelisah sepanjang hari. Dan malam berasa panjang, angin bertiup dirasakan teramat dingin. Saat itu segala kepasrahan hidup terucap di depan. Semua gelap dan tiada lagi dirasakan indah bakal di depani. Demikian rentak muzik menyusuri masuk ke dalam jiwa sebagai ganti penghibur sepi.

Adakah yang dimainkan oleh gitar M. Nasir itu bukan daripada sentuhan hati? Mungkin lahirnya lagu seperti Cinta Sepi, Demi Masa dan Dari Kekasih Ke Kekasih sewaktu dia dilamar kasmaran yang dahsyat. CINTA dari hati seorang berjiwa seni adalah terlalu mendalam. Maka terlahir seni dari hati yang teramat sepi.

Petikan gitar, geseran biola dan alunan suara merdu terlalu diperlukan di kala sepi dari CINTA yang berpusar ganas. Bila permainan perasaan terlalu jauh terlayang, maka alam bertukar wajah. Kita bukan lagi berada di alam yang nyata, tetapi khayalan akan lebih kuat menguasai sekitar benak minda. Segala kewarasan akan terhenti seketika dan realiti sebenar kehidupan terlupa sejenak. Alam CINTA yang ditanggung menjadikan CINTA kebuntuan memecah perjalanan hidup. Benarlah kata Azman Husin, “CINTA menjadikan seorang intelektual menjadi bodoh,” untuk menilai dalam keadaan realiti sebenar.

Malam, bulan dan bintang, adalah asas dalam kehidupan yang sentiasa berlegar harmonis di antara CINTA dan rindu, resah dan cemburu. Mungkinkah akan terjawab segala gelora resah yang mencengkam hati. Akhirnya falsafah CINTA akan terbias di puncak sepi. Di samping segala sajak dan puisi terlahir di kaki malam sebagai cara melepaskan sepi. Hanya kerana CINTA, hati manusia mampu dilembutkan. Perubahan tingkah laku juga dapat dirasakan kiranya alam CINTA telah bermula. Adakah selepas berakhirnya alam CINTA mampu mematangkan perangai dan pemikiran? Dan sekiranya kekecewaan yang dialami sudah terlupa, mungkinkah kita lebih berhati-hati dalam sesuatu yang berbentuk perasaan?

CINTA sebagai satu kemestian. Adakala CINTA itu bermula pantas sekali dan perlahan-lahan. Dari pintu hati ia berbenang dan lama kelamaan segulung kasih tersimpul erat di dalam hati. CINTA perlu dipupuk supaya sentiasa segar dan kehijauan seperti dedaun yang berkilauan disirami cahaya pagi. CINTA itu terlalu indah. Seindahnya umpama sejambak bunga cantik, berwarna-warni, segar, harum dan wangi kalau kena gubahannya. Dan bunga yang dipilih daripada jenis yang subur dan baru mekar dari kelopak. Kalaulah kita pandai menggubahnya, semakin berserilah CINTA itu. Dan kalaulah tersalah gubahannya, CINTA yang diimpikan kurang berseri dan tiada keharuman menyelubungi suasana sukma. Tak siapa sudi menghargai CINTA yang diberikan.

Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan CINTA.

Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di hati.

Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang diimpikan.

CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa. Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini óne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA bila sampai ke paras kemuncaknya.

Yang pasti menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan membawa kesan secara tidak langsung kepada peribadi diri. Tahap kekuatan dalaman jiwa terpulang pada diri untuk menghadapi konflik perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali banyak sudah muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan barangkali juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui sesuatu yang baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati, renunglah pada sebutir bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam kehidupan? Pandanglah pada senja, nescaya apa tersembunyi memberi makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH CINTA…


Disebalik senyuman aku, sesungguhnya terselindung rasa keperitan hidup yang amat dalam sehingga membuat aku layu dan longlai. salam ke aku setia pada orang yang aku sayang, x salah kan. Tp kenapa orang aku sayang selalu membuat ku kecewa, sedangkan aku sudah banyak berkorban untuk dia. Kadang2 aku sanggup korbankan keselamatan aku untuk orang yang tersayang. Aku x mahu hidup ini diselubungi dengan agenda2 jahat. Sesungguhnya kita akan pergi jugak buat selama-lamanya. Bagi aku cukup lah kasih sayang kau berikan itu jujur, ikhlas dari hati yang setia.Jgn lah kita mempermainkan perasaan orang yang myayangi kita. Ada orang kata disayangi lebih baik dari menyayangi seseorang itu. orang menyayangi belum tahu disayangi oleh orang yang kita sayangi.
Cinta itu indah tetapi hanya indah dari luar tetapi dari dalam mcm2 yang kita x ketahui. Aku pun nak jugak merasa disayangi mcm orang lain tp semuanya hampeh. Manis dimulut saja. Aku mudah mencintai org sehingga aku lupa untuk myayangi sendiri. Kali ni, otak berkata dalam hati kecilnya. kawan ku hati, aku minta maaf banyak2 sbb aku buat kau banyak kecewa sehingga luka dibadan kau tu telalu banyak sehingga tidak sanggup aku melihatnya. Aku rasa apa yang kau rasa. Aku(otak) dah takut nak tolong kau(Hati) hati. Sabar je lah, nanti adalah org yang akan myayangi mu itu. ...Rintihan hati

Jun 10, 2009


setelah sekian lme ku myepi,,
kini ak dberi sdikit pluang utk trus
modify blog ak(bkak pc)....
dsbabkn bbrapa sbb ak x mmpu utk post sumting(study hard,heheeh)
dan mmndangkn rsult xm ak yg truk gler nk mmp0s tu,,
ak tsedar dn kmbli ke realiti,,,hadoooiihh...
ak pn xdek mdal nk post nie,,