RSS Feed

Apr 30, 2010

.:: bosan-Bosan Baca SportsNews ::.

SALOMON Kalou melontarkan amaran kepada rakan sepasukannya di Chelsea bahawa mereka tidak boleh memulakan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool Ahad ini seperti cara mereka bermain pada perlawanan terakhir mereka di gelanggang lawan, kekalahan 2-1 di tangan Tottenham Hotspur.
pix_middle
The Blues hanya mendahului dengan satu mata di depan Manchester United dalam perlumbaan memburu kejuaraan musim ini dan dengan berbaki dua perlawanan, mereka sedar tidak boleh tercicir sebarang mata menentang anak buah Rafael Benitez.
Bangkit daripada kemenangan besar 7-0 ke atas Stoke City Ahad lalu - apabila Kalou menjaringkan tiga gol - pemain Ivory Coast itu berharap rakan sepasukannya mampu meneruskan rentak itu, bukannya persembahan hambar dan tidak bertenaga ketika dikalahkan musuh utara London itu.

"Kami perlu pergi ke sana dan menguasai perlawanan," kata Kalou.

"Saya berasa di Tottenham, kami membiarkan mereka bermain. Kami membiarkan mereka selesa dengan bola dan kami terpaksa pergi ke Liverpool dan bermain dengan cara berbeza.

"Kami perlu menguasai bola dan bermain dengan corak sendiri dan tidak perlu menunggu Liverpool untuk memulakan inisiatif.

"Anfield pastinya satu kunjungan yang sukar, tapi kami akan bermotivasi dan tahu jika kami menang di sana, segala-galanya boleh berada dalam genggaman kami di gelanggang sendiri menentang Wigan," katanya.
Liverpool akan beraksi tanpa Fernando Torres bagi perlawanan itu, kerana penyerang Sepanyol itu akan terlepas baki perlawanan musim ini berikutan kecederaan lutut, tapi Kalou tidak percaya ketiadaan penyerang itu menjadikan tugas di Anfield lebih mudah buat anak buah Carlo Ancelotti.

"Liverpool di gelanggang mereka masih sebuah pasukan yang kuat, sekalipun tanpa Torres," katanya.

"Memang benar jika Torres bermain, ia satu kelebihan buat mereka, tapi saya fikir mereka masih sukar untuk ditemui di Anfield kerana mereka mempunyai semangat kuat di gelanggang sendiri dan penyokong mereka akan memaksa mereka hingga 200 peratus," katanya.
United bertemu Sunderland hujung minggu ini, dan ketika Kalou tidak menolak sebarang kemungkinan Black Cats mampu membuat kejutan, dia mendekati perlawanan itu dengan mentaliti bahawa Chelsea tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kali ini.

"Saya fikir kami mesti menang. Ada dua perlawanan yang perlu dihabiskan dan tidak ada cara lain lagi mengenainya. Jika anda mahu mencerahkan peluang kejuaraan, anda mesti menang setiap perlawanan," katanya.

"Saya juga berharap Manchester akan berkunjung ke Sunderland dan tercicir beberapa mata, tapi anda hanya perlu menumpukan terhadap perlawanan anda sendiri. Jika kami meraih tiga mata, kami tidak perlu bimbang mengenai apa yang dilakukan Manchester," katanya.
Musim lalu, Liverpool menang 2-0 di Anfield, dengan kedua-dua gol dijaringkan Torres.

3 comments:

  1. weeee....tak minat bola..hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. salam..since Pool having very miserable season...sedekah kan je kat Chelsea, hilang 4th spot x pe janji MU x dapat title this season..setuju x?

    ReplyDelete
  3. bagilaa pulak chelsea menang EPL kali nie
    ayik2 man u jer
    harap the reds bagi kerjasama
    nak rebut tempat ke 4 tue payah dah
    hehehehehehhhehehee
    =]
    jgn marah
    kikikikikiki

    comel blog kau nie jepah
    edit sendiri ekkk?

    ReplyDelete